BUKIT JELUTONG, 16 Ogos 2023 – Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik telah diadakan Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi JBPM, YAS Dato’ Edwin Galan Teruki.
Majlis diteruskan dengan Perbarisan Kehormat bagi menyambut ketibaan YAS Dato’ Edwin Galan Teruki bagi menerima Hormat Panglima.
YAS Dato’ bersama isteri diiringi Pengarah JBPM Negeri Selangor dan Isteri bagi Perasmian kolam ikan Laman Anggerik dan Penanaman Pokok.
Turut disediakan tayangan Montaj bagi kenang-kenangan sepanjang tempoh YAS Dato’ berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
YS Pengarah JBPM Negeri Selangor sempat menyampaikan ucapan aluan dan diikuti amanat YAS Dato’ kepada Pegawai dan Kakitangan Bomba Selangor untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan ini dengan penuh berintegriti serta berdedikasi tinggi.
Majlis juga turut diserikan dengan YAS Dato’ Edwin Galan Teruki dan YS Pengarah JBPM Negeri Selangor Menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 7 Pegawai Bomba yang baharu dinaikkan pangkat ke Gred KB24 dan KB22.
Diakhiri majlis dengan Menandatangani Buku Lawatan dan bergambar kenang-kenangan bersama pegawai dan kakitangan Bomba Selangor.