gas5 gas4 gas3 gas2 gas1
Kuching, 24 Ogos 2023
PgKB I Mohamad Fauzi bin Moht Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak hadir ke Taklimat Pengenalan Hydrogen Vehicle dan Keselamatan Gas Hydrogen di Kuching Port Authority, Pending pada pagi tadi.
Rombongan yang terdiri daripada 19 orang Pegawai Bomba lain-lain pangkat menerima taklimat yang disampaikan oleh pihak EPR Mobilus Global Rail ini bertujuan untuk mengenali dan memperoleh maklumat yang lebih jelas berkenaan Hydrogen Vehicle iaitu Autonomus Rapid Transit (ATR)
Hadir sama ialah PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Zon 1 JBPM Negeri Sarawak