Putrajaya – 15 Ogos 2023 : Program Lawatan Sambil Belajar Dan Ceramah Keselamatan Kebakaran

TARIKH  : 15 OGOS 2023

MASA: 08.30 PAGI

TEMPAT: BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PRESINT14, PUTRAJAYA

Program ini diketuai PBK II (KUP) Mohd Musa bin Abdul Wahab bersama 4 orang anggota bertugas Pasukan A BBP Presint 14 dan dihadiri oleh 20 orang pengiring dan 40 orang pelatih OKU PDK.

Tujuan program ini adalah untuk memberi taklimat keselamatan dan pendedahan kepada ibu bapa dan pelatih-pelatih OKU PDK tentang langkah-langkah untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan serta memastikan ibu bapa dan guru-guru mengetahui jenis dan tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul

ms_MYMalay