PUTRAJAYA, 10.8.2023: Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam Kejohanan Sukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (SUKBOM) 2023 telah diadakan di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM Putrajaya.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM serta dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan dan melibatkan 126 atlet yang mewakili Kontinjen Ibu Pejabat JBPM.
Kejohanan SUKBOM pada tahun ini akan diadakan di Negeri Johor bermula 12 hingga 16 Ogos 2023 dengan menampilkan sebanyak 18 kategori pertandingan merangkumi 5 jenis sukan bagi merebut 143 pingat yang ditawarkan.
Chief De Mission Kontinjen Ibu Pejabat JBPM bagi Kejohanan SUKBOM 2023 ini telah dipertanggungjawabkan kepada YS PKPjB Kamarulzaman Malik bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PSKK) Ibu Pejabat JBPM.
Semoga Kontinjen Ibu Pejabat JBPM mampu melakar kejayaan yang cemerlang dan membawa pulang seberapa banyak pingat dalam SUKBOM 2023 ini.
“Yakin Boleh…
Anda Boleh Melakukan…
Kontinjen Ibu Pejabat Boleh”