– Ujian ini dilaksanakan untuk mengukur kebolehan dan kemahiran khas seseorang individu bagi menjadi seorang juruterbang JBPM.
– Bagi pelaksanaan ujian ini, Bahagian Udara JBPM telah menjalankan kerjasama bersama pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) melalui Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Pangkalan Udara TUDM Sendayan.
– Seramai 13 orang pegawai JBPM dari seluruh negara yang merupakan calon-calon juruterbang JBPM termasuk 2 orang Pegawai Wanita telah menjalani ujian ini dengan jayanya. Ujian ini merangkumi 4 jenis kertas ujian.
– Sesi ujian ini telah dilaksanakan pada 14.06.2023 di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat JBPM Selangor bermula 0930H sehingga 1230H.
– Ujian ini telah dikoordinasi oleh urusetia pengambilan juruterbang yang diketuai oleh PgKB I Mohd Ruzaidi Bin Ramlee, Timbalan Komander Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM Subang bersama 4 orang pegawai.
– Ujian telah dikendalikan oleh pihak TUDM yang diketuai oleh Lt Kol Ahmad Shaiful Isnawi Bin Tengku Muhamad (TUDM) bersama 5 orang lagi pegawai pemeriksa TUDM. Sehubungan dengan itu, semua kertas soalan telah disediakan oleh pihak TUDM.PPgB Mohd Rizzan Bin JefriUrusetia Pengambilan Juruterbang JBPM 2023