9 Januari 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah berjaya mengadakan Seminar Keselamatan Kebakaran (Uniform Building By-Law 1984) Amendment 2021 yang telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC).
Seminar yang melibatkan penyertaan seramai hampir 851 penyertaan peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YAS Dato’ Edwin Galan Taruki, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Seramai tujuh(7) pembentang kertas kerja telah membuat pembentangan yang terdiri pegawai jabatan sendiri daripada YAS Dato’ Edwin Galan Taruki, YS Dato’ Ts. Ahmad Izram bin Osman, Pengarah Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat JBPM, Dato’ ir. Ts. Dr. Hj. Wan mohammad zaidi bin wan isa, Pengarah JBPM negeri Pahang, Ts. Dr. Mohd Zaid Bin Ab Ghani dan Muhammad Salleh bin Abdul dari Bahagian Keselamatan Kebakaran. Pembentang daripada badan teknikal turut membentangkan kertas pembentangan yang terdiri daripada Ar. Husam Abdul Fatah Haron dari Technical Committee oF Green Building Index (GBI) dan Ir. Au Chong Hum dari Pengarah Primetech Engineers Sdn Bhd.
Sorotan gambar Seminar Keselamatan Kebakaran.







