KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JBPM KE ATAS SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

ISKANDAR PUTERI, 20.3.2023:

YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat kunjungan hormat ke atas YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad sebentar tadi.Kunjungan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara JBPM dan Kerajaan Negeri Johor yang banyak memberi sokongan kepada JBPM di samping bertukar-tukar pandangan.Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor serta PgKB I Muhammad Tarmizi bin Md Jaafar, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Johor.

336867537 1649519125507017 3039717756595372278 n
336806764 222443386963424 7916185907977711313 n
337129503 580677400696390 2633442022040148428 n
ms_MYMalay