Putrajaya – 16 Mac 2023 : Lawatan Kerja Rasmi YS Pengarah JBPM Putrajaya ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14

Satu Sesi Lawatan Kerja Rasmi YS Pengarah JBPM Putrajaya ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 telah diadakan pada 16 Mac 2023. Dalam program yang sama YS Pengarah turut membuat Pemeriksaan Peralatan dan Kelengkapan (Kit Inspection) yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, PgKB II Henry Goliong, Penolong Pengarah Operasi, PgB Mohd Afizi Bin Zolkifli, Ketua Balai BBP P14, PPgB Dianty Binti Hussain serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Selain itu, Majlis Bacaan Yassin turut diadakan bagi menyambut kehadiran Bulan Ramadhan 1444 Hijrah. Program ini diadakan bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan, kemahiran serta keperluan anggota di balai selain dapat meningkatkan ukhwah di kalangan warga kerja JBPM Putrajaya.

ms_MYMalay