Tarikh : 7 Mac 2023
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Ibu Pejabat JBPM Labuan
Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Labuan Tahun 2023 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna JBPM Labuan. Majlis dimulakan dengan Tabik Hormat YS Pengarah seterusnya Ucapan Amanat YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2023 yang telah disampaikan oleh YS Pengarah JBPM Labuan. Pada Majlis ini juga, turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada agensi kerajaan, pihak media dan Hero Bomba.