9 Februari 2023
Bertempat di Pejabat Zon 4, Johor telah diadakan Sesi Libat Urus diantara PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor bersama kakitangan Zon 4, Johor. Ketibaan PPjB Ts. Mohd Rizal Buang telah disambut oleh PgB Rasidi Md Yunus, Pemangku Ketua Zon 4, Johor. Beliau turut menyampaikan amanat buat semua pegawai dan anggota zon tersebut yang hadir agar meneruskan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.


