sel3 sel9 sel8 sel7 sel6 sel5 sel25 sel4 sel35 sel34 sel33 sel32 sel31 sel30 sel29 sel28 sel27 sel26 sel24 sel23 sel22 sel21 sel20 sel2 sel19 sel18 sel17 sel16 sel15 sel14 sel13 sel12 sel11 sel10 sel1
YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Selangau pagi ini.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa fokus dan tumpuan jabatan pada tahun 2023 adalah untuk meneruskan usaha ke arah pemerkasaan keselamatan kebakaran yang efektif dan komprehensif bagi mencapai matlamat jabatan untuk memastikan setiap rakyat berada dalam keadaan selamat dan sejahtera melalui pendekatan whole of nation and society approach.
Hadir sama pagi ini ialah YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, YB Ir. Christopher Gira @ Gira Sambant, ADUN N59 Tamin, YS PKPjB Othman Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan JBPM, YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB II Azahar Dris, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.