6 Dis 2022 (Selasa) – YAB Dato Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan hadir ke Majlis Apresiasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. YAB Dato Seri Menteri Besar merupakan Pegawai Kehormat Bomba bersama Dato’ Haji Zulkefly Mohamad bin Omar, YB Tuan Teo Kok Seong Exco Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar,Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru.
Turut hadir bersama adalah Datin Seri Wan Hasni bin Wan Yusof (DiPertua BAKRIYAH), Datin Saeiah binti Tarmizi , YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Puan Hajah Sairipah Rodziyah binti Ahmad (Pengerusi Perisma Negeri Sembilan), Timbalan Pengarah PgKB I Abd Rahman bin Ali dan Isteri , Penolong- penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon, Ketua Balai , Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pegawai gunasama, Persatuan Pesara Bomba Negeri Sembilan dan Pegawai Kehormat Bomba Negeri Sembilan.
Majlis Apresiasi ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam mengharumkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Bagi menghargai jasa dan komitmen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YAB Dato Seri Aminuddin bin Harun telah sudi memberi sumbangan kepada Persatuan Sukan,Kebajikan dan Kebudayaan Jabatan Bomba Negeri Sembilan sebanyak RM 30,000.00 , Persatuan Pesara Bomba Negeri Sembilan sebanyak RM 5,000.00 dan Perisma Negeri Sembilan sebanyak RM5,000.00.
Kami Warga Jabatan Bomba Negeri Sembilan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan Yang diberikan. Sehubungan dengan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh YAB Menter Besar Negeri Sembilan Haji Aminuddin bin Harun.