Johor Bahru, 13 Disember 2022
Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2021) Zon Selatan telah diadakan di PERSADA Convention Centre, Johor Bahru yang melibatkan penyertaan seramai 1,400 orang dari kalangan arkitek, jurutera, konsultan mekanikal, elektrikal serta awam, para pemain industri kebombaan, pemilik premis/bangunan, kontraktor pepasangan keselamatan kebakaran dan pegawai-pegawai agensi kerajaan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Seminar ini turut dirasmikan oleh YAS Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Seminar yang dijalankan selama satu hari ini telah melibatkan lima (5) pembentangan daripada tenaga pakar yang akan membentangkan pindaan-pindaan yang terlibat dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2021) iaitu Overview of Uniform Building By Laws (Amendment 2021), Fire Services Regulation (Fi Tugas Khas), Amendment Part VII Fire Safety Installation Requirement, Fire Alarm System and Fire Extinguishment System dan Amendment of Schedule tenth Table of Requirement for the Fire Alarm System and Fire Extinguishment System. Undang-undang ini akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2023 di seluruh Malaysia. Seminar ini juga merupakan lokasi yang terakhir bagi Semanjung Malaysia dimana Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2021) ini telah dijalankan mengikut Zon Utara di Pulau Pinang, Zon Tengah di Putrajaya dan Zon Timur di Pahang. Seminar ini turut diperluaskan di Sabah dan Sarawak.








