Putrajaya – 30 November 2022 : Lawatan Sambil Belajar Dari Tadika Alam Ria Kids

30 November 2022 (Rabu) – Seramai 87 orang anak-anak tadika dan 4 orang guru pengiring telah hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya sempena lawatan sambil belajar Tadika Alam Ria Kids, Presint 10, Putrajaya. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengenali api jahat atau api baik, tindakan menyelamatkan diri (menjerit meminta pertolongan, merangkak dan stop, drop & roll), penggunaan alat pemadam api, talian kecemasan 999 dan menaiki jentera Bomba. Lawatan telah dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir bersama anggota pasukan A yang bertugas.

ms_MYMalay