iman3 iman4 iman2 iman1
Kursus Imam dan Bilal, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah diadakan bermula hari ini bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sarawak, Bau. Kursus yang dihadiri seramai 35 orang daripada balai balai bomba di Kuching hingga ke Sri Aman itu telah diselaraskan oleh PPgB Mohd Fazli Ibrahim, Pegawai Penyelaras Hal Ehwal Agama dan Kebajikan JBPM Negeri Sarawak. Turut diundang sebagai penceramah jemputan pada kali ini ialah PgKB I Mohd Zaidi Hj Maat, Ketua Unit Agama dan Hal Ehwal JBPM dan PgB Luqman Ibrahim daripada Unit Agama dan Hal Ehwal Kebajikan JBPM.