14 September 2022 – Ceramah Pencegahan Rasuah telah diadakan serentak secara hybrid di Ibu Pejabat JBPM Negeri, Pejabat JBPM Zon dan Balai-Balai Bomba di Negeri Sabah. Seramai 521 pegawai dan anggota telah menyertai ceramah ini yang turut dihadiri secara atas talian (Google Meet) pegawai / anggota di peringkat Pejabat Zon dan Balai Bomba. Ceramah ini telah sampaikan oleh Puan Aini binti Awang Muda, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM.
Ceramah ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan menyemarak Semangat Benci Rasuah s khususnya di kalangan pegawai dan anggota di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh berintegriti dan menyokong pengurusan tertinggi JBPM ke arah “Zero Tolerance Towards Corruptions”.




