Tahniah kepada semua penerima Kenaikan pangkat seramai 28 orang anggota kepada Pegawai Bomba Kanan II. Majlis pemakaian tanda pangkat diadakan dan disempurnakan oleh YS PKPjB Norazam bin Khamis, Pengarah, JBPM Negeri Selangor dan PPjB Wan Md Razali bin Hj. Wan Ismail, Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Selangor di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat, JBPM Selangor. sekali lagi, Jabatan ini mengucapkan syabas di atas kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, tuan/puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.