Sambutan Jalinan Mesra Aidilfitri 2022 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Cemerlang Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah JBPM serta pengurusan tertinggi jabatan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa menjayakan majlis dan kehadiran dif-dif jemputan, rakan media dan rakan-rakan strategik jabatan bagi memeriahkan program ini.

