YS PgKB I Nor Ariffin Bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Latihan Bersama Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya bertempat di Pulau Pangkor, Perak. Latihan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam mendepani operasi penyelamatan di air. YS Pengarah dalam ucapannya berharap agar semua anggota PPDA dapat meningkatkan kemahiran dalam menghadapi situasi penyelamatan di air yang mencabar dalam pelbagai situasi. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YS Pengarah dan warga JBPM Perak juga kepada Jurulatih dan pegawai serta anggota BBP Pulau Pangkor di atas kesudian menerima kehadiran pegawai dan anggota JBPM Putrajaya untuk turut sama dalam Latihan yang diadakan selama 3 hari bermula dari 28/6 – 30/6/2022 ini. YS Pengarah JBPM Putrajaya juga berharap agar kerjasama seperti ini terus terjalin pada latihan dan masa akan datang. Turut hadir PgB Mohd Afizi Bin Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Putrajaya, PPgB Azroisan Bin Wahab, Wakil YS Pengarah JBPM Perak dan pegawai-pegawai kanan jabatan. TERIMA KASIH JBPM PERAK