YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Hari Gawai 2022, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Kuching, 30 Mei 2022

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Hari Gawai 2022, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bertempat di Ibu Pejabat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan penghargaan kepada jabatan atas komitmen dalam memberikan kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat di negeri ini. Terdahulu, beliau turut menyerahkan sijil Celik SURI dan Ikon Pegawai Bomba Wanita SURI kepada PBK II (KUP) Huzimah Saili. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Mohamad Fauzi Hj Moht Kifli Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran.

ms_MYMalay