Pembangunan,Kejuruteraan dan Logistik (Bahagian)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN, KEJURUTERAAN DAN LOGISTIK
Objektif
- Memastikan dasar dan perlaksanaan pembangunan kebombaan memenuhi piawaian dan matlamat oleh jabatan.
- Memastikan perancangan dan pengurusan kewangan pembangunan dijalankan secara telus mengikut prinsip perbelanjaan seimbang dan peraturan.
- Memastikan piawaian bahan ketahanan api dan sistem perlindungan kebakaran mematuhi kod amali dan peraturankeselamatan kebakaran.
- Menghasilkan pengkalan maklumat kebombaan yang kemprehensif dan berguna untuk industri kebombaan dan pihak awam.
- Menjadi pusat kecermerlangan di dalam bidang penyelidikan dan perancangan kebombaan di rantau ini.
- Untuk memastikan peralatan dan jentera jabatan berfungsi dengan baik , berekonomi, selamat dan dikemaskini bagi memberi perkhidmatan kebombaan yang berkesan.
- Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan, jentera dan peralatan bermotor.
- Menyediakan perkhidmatan pembangunan , latihan dan kajian Bahagian Kejuruteraan merangkumi kemudahan workshop, peralatan workshop , latihan kakitangan dan system penyelenggaraan pelbagai jentera dan peralatan Bomba.
- Merangka, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pencegahan kerosakan(preventive maintenance)bagi pelbagai kenderaan, jentera dan peralatan Bomba.
Fungsi Seksyen Pembangunan
1. | Merangka perolehan jentera dan peralatan kebombaan di bawah Bajet pembangunan (DE) bagi memastikan ketersediaan perkhidmatan tidak terjejas |
2. | Menguruskan dan mengurusetiakan pelaksanaan tender melibatkan peruntukan pembangunan bagi jentera dan peralatan kebombaan. |
3. | Menguruskan dan mentadbir kontrak pembekalan jentera dan peralatan kebombaan. |
4. | Memantau dan melapor kemajuan pembekalan jentera dan perlatan kebombaan. |
5. | Menyediakan pangkalan data perolehan jentera dan peralatan bagi setiap Rolling Plan untuk perancangan pembangunan dan keperluan penggantian. |
6. | Mengurus aset alih JBPM mengikut tatacara yang ditetapkan. |
7. | Menguruskan sokongan logistik bagi operasi kebombaan dan penyelamatan. |
8. | Mengurus penerimaan pendaftaran, penyelenggaraan dan pelupusan aset alih. |
1. | Melaksanakan kajian risiko bagi mengenalpasti kesesuaian tapak bagi tujuan pembinaan fasiliti kebombaan. |
2. | Melaksanakan lawatan tapak bagi mengesahkan kesesuaian cadangan pembinaan atau pembelian fasiliti kebombaan. |
3. | Menyelaraskan proses perolehan tapak tanah atau bangunan dengan kos yang efektif sesuai dengan bajet Jabatan. |
4. | Mengemaskini data inventori tanah bagi tujuan rekod dan perancangan pembangunan fasiliti kebombaan. |
5. | Memantau keselamatan tapak milik Jabatan bagi mengelakkan pencerobohan. |
6. | Mengurus perbelanjaan bagi Bajet Pembangunan (DE) bagi mencapai sasaran perancangan pembangunan. |
7. | Menyelaras pemantauan projek dalam pembinaan bagi memastikan aktiviti pembinaan dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut tempoh yang ditetapkan. |
8. | Mengemaskini maklumat pembinaan projek melalui sistem MyProjek bagi tujuan pelaporan kemajuan projek. |
9. | Merancang dan memantau pengurusan penyelenggaraan aset tak alih JBPM. |
10. | Mengurusetia permohonan projek bagi setiap Rolling Plan (RP) dalam Rancangan Malaysia. |
Fungsi Seksyen Kejuruteraan Jentera
1. | Merancangan dan menyelenggara jentera dan peralatan yang sesuai dengan keperluan Jabatan. |
2. | Menguruskan projek Penyelenggaran dari awal hungga akhir, termasuk perancangan, penjadualan, pengurusan sumber, dan pemantauan kemajuan kerja. |
3. | Menyediakan jadual penyelenggaran yang berkala bagi Jentera dan Peralatan untuk memastikan kecekapan operasi dan keselamatan. |
4. | Memastikan jentera dan peralatan yang dibaikpulih mematuhi piawaian dan kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan serta memastikan proses penyelenggaraan dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. |
5. | Mencipta penyelesaian inovatif dan mengintegrasikan teknologi dalam rekabentuk pembangunan jentera dan peralatan untuk meningkatkan prestasi kecekapan penggunaannya. |
1. | Memahami dan merancang keperluan dan matlamat Jabatan untuk mengenalpasti spesifikasi teknikal dan fungsi jentera yang diperlukan oleh Jabatan. |
2. | Membangun dan menyediakan konsep awal dan cadangan rekabentuk jentera bersasarkan keperluan dan matlamat yang ditetapkan. |
3. | Menghasilkan rekabentuk teknikal yang terperinci dan merangkumi spesifikasi, dimensi, toleransi, dan bahan untuk pembuatan jentera. |
4. | Mengenalpasti dan menilai risiko berkaitan dengan rekabentuk dan pengeluaran jentera serta menyediakan strategi pengurangan risiko. |
5. | Menilai kos pembangunan dan menyusun jadual penyelenggaraan atau perolehan projek untuk memastikan perolehan jentera berjalan lancar dan dalam lingkungan bajet Jabatan. |
6. | Menguruskan projek perancangan perolehan jentera dan peralatan dari awal hingga akhir termasuk pengurusan sumber, panjadualan dan pemantauan kemajuan kerja. |
Piagam Pelanggan
- Komitmen kami adalah untuk memastikan pengurusan perancangan pembangunan, perolehan dan pembayaran dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
Dengan itu kami berjanji akan :
- Melaksanakan pembangunan fizikal kebombaan yang menepati keperluan teknikal, norma piawai, kualiti dan sumber kewangan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
- Membuat proses perolehan peralatan dan kelengkapan mengikut dasar perancangan Jabatan, menepati prosedur piawai dan keperluan operasi, dalam jangkamasa yang ditetapkan.
- Merancang, mengurus dan memantau peruntukan kewangan pembangunan dengan cekap, mengikut peraturan kewangan kerajaan dan menepati jangkamasa yang ditetapkan.
- Mengurus dan menyediakan baucer pembayaran tuntutan projek pembangunan dan perolehan dalam jangka masa empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan permohonan lengkap.
- memastikan Jentera dan Peralatan Kebombaan Berenjin dalam keadaan baik dan siap siaga untuk beroperasi.
- memastikan Penyelenggaraan Berkala dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- memastikan semua mekanik memiliki kemahiran dan kompentensi berkaitan penyelenggaran.
- Kami berjanji akan memastikan kerja-kerja Penyelenggaraan diurus tadbir dengan baik.
Carta Organisasi
- Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Pembangunan,Kejuruteraan dan Logistik
Alamat Surat Menyurat
YS Penolong Ketua Pengarah,
Bahagian Pembangunan,kejuruteraan dan Logistik,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
Tingkat 4, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel : 03 – 8892 7600
No. Faks : 03 – 8888 0842
email :pembangunan@bomba.gov.my