09 April 2022 – SABTU : Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung telah terlibat dalam latihan bersama Cawangan Udara TLDM (KD Rajawali) Lumut sempena Program Aviation Safety Week di Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut di sini hari ini. Pada program ini, simulasi pendaratan kecemasan helikopter telah diadakan di padang bola IKM Lumut. Anggota BBP Seri Manjung bertindak sebagai “First Responder” terhadap 4 orang mangsa (lelaki dewasa) yang 2 darinya cedera parah, manakala 2 orang mangsa hanya cedera ringan. 2 orang mangsa yang cedera parah dibawa menggunakan kaedah “stretcher lift” dan “double lift” oleh Helikopter Super Lynx.










