Kuching, 31 Januari 2022
YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hadir ke Mesyuarat Persediaan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak pagi ini. Terdahulu, beliau telah diberikan taklimat oleh YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Selepas tamat mesyurat, beliau kemudiannya dibawa melawat ke Pusat Gerakan Operasi dan diberikan taklimat oleh Pegawai Bertugas. Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB I Mohamad Fauzi bin Hj. Moht Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB I Yusri bin Basri, Ketua Zon 1 Sarawak dan pegawai-pegawai kanan jabatan.
mon1 mon2 mon3 mon4 mon5 mon6 mon7 mon8 mon9 mon10 mon11 mon12 mon13 mon14 mon15 mon16 mon17 mon18 mon19 mon20 mon21 mon22 mon23 mon24 mon25 mon26 mon27 mon28