BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BACHOK
TARIKH: 19.01.2022
HARI: RABU
MASA: 0800-1130
TEMPAT: BBP BACHOK
KIT- INSPECTION DAN MESYUARAT PENYELARASAN OPERASI KEBAKARAN TANAH GAMBUT PERINGKAT BALAI BBP BACHOK BIL 1/2022
PPgB Yus Heary bin Mahmud, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bachok mengiringi PgB Wan Aidil bin Wan Abdullah, Ketua Cawangan Bahagian Keselamatan Kebakaran Zon 1 JBPM Kelantan melakukan pemeriksaan barisan (Kid-Inspection) kepada semua anggota BBP Bachok. Ianya diadakan bagi memastikan kesiapsiagaan peralatan perlindungan diri (personal protective equitpment) setiap anggota berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Seterusnya, Ketua Balai menjemput Ketua Cawangan Bahagian Keselamatan Kebakaran Zon 1 JBPM Kelantan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Kebakaran Tanah Gambut Bil 1/2022. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persediaan awal dan penyelarasan secara bersama di antara BBP Bachok dengan Pejabat Zon 1 JBPM Kelantan bagi menangani Operasi Kebakaran Tanah Gambut di Jajahan Bachok.
BBP BACHOK BBP BACHOK BBP BACHOK BBP BACHOK