Tarikh : 5 Januari 2022
Balai Terlibat:-
BBP Kg Jawa (L1-01 / L12-01) PBK II Roslizan Bersama 8 Orang Anggota, Bantuan BBP Labuan (L1-08/L2-02) PBK II Farez Teo Bersama 10 Orang Anggota Dan BBP Rancha-Rancha (L1-07) PBK II KUP Yusuf Bersama 5 Orang Anggota.
Terima Panggilan : 15:28:00
Jentera Keluar : 15:28:08
Jentera Sampai : 15:28:20
Operasi Mula : 15:36:40
Operasi Terkawal : 16:02:00
Operasi Tamat : 17:04:28
Pusat Gerakan Operasi (PGO Labuan) menerima laporan iaitu satu kebakaran melibatkan struktur penthouse yang berada di tingkat 8 & 9 berkeluasan 40×50 kaki telah terbakar 100% dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan mangsa. Operasi telah selesai dijalankan sepenuhnya dan kerja-kerja seterusnya diserahkan kepada bahagian penyiasatan kebakaran untuk tindakan selanjutnya.