MAJLIS RINGKAS PELANCARAN BOMBA KOMUNITI ZON 7 SARAWAKLIMBANG, 16 September 2021
Majlis Pelancaran Bomba Komuniti Zon 7 Sarawak telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II.Gimik perasmian dilakukan dengan penyerahan alat pemadam api mudah alih oleh YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah kepada wakil peserta Bomba Komuniti, Penghulu Haji Ahmad bin Bini sebanyak 100 unit (6 kg) untuk diagihkan kepada BOMBA KOMUNITI dan PBS.Sebanyak 14 buah kampung di kawasan batang Sungai Limbang terlibat dalam program ini. Perlaksanaan latihan akan dilakukan dalam skala kecil dengan memasuki kampung-kampung terlibat. Kaedah ini dilakukan bagi mengelakkan perkumpulan beramai-ramai dan mengurangkan risiko jangkitan Virus Covid-19.