11 Jun 2021 – Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau lebih dikenali sebagai Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau lebih dikenali sebagai Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Segala kepakaran anggota ini dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian Association of Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) pada tahun 2004.Objektif utama pasukan EMRS ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian kepada anggota pasukan supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.Antara tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan ini ialah melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi selain melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara serta membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital.Bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, seramai 213 orang telah ditauliahkan dan dilantik sebagai anggota unit dengan komposisi seramai 12 orang bagi setiap balai yang -UPA- mempunyai pasukan ini. Pasukan ini diselia dan diketuai oleh TPgB II Melvin anak Amuk, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Padungan.Pasukan ini turut dibekalkan dengan jentera khas yang seringkali kita lihat akan keluar bersama keluaran jentera Fire Rescue Tender (FRT) balai selain kelengkapan perubatan yang lain.Antara operasi luar biasa yang pernah dilalui oleh pasukan ini adalah apabila -UPA-membantu seorang wanita melahirkan bayi di dalam sebuah jentera EMRS pada 9 November 2018 di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.Semoga pasukan EMRS akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tanpa mengira masa dan tempat.