YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan bersama Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon, dan Ketua-ketua Balai serta anggota bertugas mengikuti Program Integriti Bersama Suruhanjaya Rasuah Malaysia(SPRM) Negeri Kelantan secara atas talian pada Ahad( 5 Sept. 2021). Seawal program YS Pengarah turut mengadakan Kunjungan Hormat secara atas talian kepada YBrs. Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya(KPKPj) Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan. Program itu disusuli ceramah Integriti yang disampaikan oleh Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya(KPKPj)Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan.