MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI
Putrajaya 30 Julai 2021 ( Jumaat)
YS PgKB I Hafizal bin Mohd Razali, Pengarah JBPM Putrajaya, menyaksikan upacara ringkas persaraan Ketua Cawangan Penguatkuasa Keselamatan Bangunan Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan PBK II(KUP) Mohd Ghazali bin Ismail BBP Presint 7 Putrajaya bertarikh 30 Julai 2021 bertempat di Lobi Ibu Pejabat JBPM Putrajaya . TPgB II Mohd Alwi bin Mohd Dali akan bersara pilihan pada 2 Ogos 2021 selepas berkhidmat selama 32 tahun manakala PBK II (KUP) Mohd Ghazali bin Ismail bersara pilihan pada 16 Julai 2021 selepas berkhidmat selama 35 tahun di JBPM. Simbolik kepada upacara ini TPgB II Mohd Alwi bin Mohd Dali mengetik kad perakam waktu terakhir sebagai tanda berakhirnya perkhidmatan beliau bersama JBPM dan dalam upacara berasingan PBK II (KUP) Mohd Ghazali bin Ismail turut mengetik kad perakam waktu dgn disaksikan oleh Ketua Balai dan Pegawai-pegawai Bomba BBP Presint 7 Putrajaya.
Kami mewakili warga JBPM Putrajaya khasnya, dan JBPM amnya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang kepada jabatan ini. Turut Hadir adalah Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Penolong-penolong Bahagian serta pegawai kanan JBPM Putrajaya.