Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Latihan (Bahagian)

BAHAGIAN LATIHAN

Visi
Untuk menjadi pemacu utama dalam menghasilkan pegawai bomba dan ahli professional keselamatan kebakaran yang berkemahiran dan berprestasi tinggi.

Misi
Untuk menyedia dan membangunkan program dan pengurusan latihan kebombaan yang sistematik dan  komprehensif demi menghasilkan tenaga manusia yang kompeten dan profesional.

Objektif
  • Merancang dan menyediakan program latihan kebombaan yang bersistematik.
  • Menjanakan tenaga manusia yang kompeten & profesional dalam bidang perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan.
  • Menguruskan pembangunan tenaga manusia & perkembangan kerjaya yang komprehensif di dalam bidang perkhidmatan kebombaan & penyelamatan.
  • Mempertingkatkan  kesedaran, kefahaman  & amalan keselamatan kebakaran secara menyeluruh.
  • Menjadi pusat rujukan dalam kecemerlangan latihan kebombaan dan keselamatan kebakaran serantau.

Piagam Pelanggan
  • Mengeluarkan Laporan Analisa Keperluan Kursus dalam tempoh satu bulan selepas siapnya kajian.
  • Merancang dan membangunkan Rancangan Program Latihan Tahunan mengikut keperluan perkhidmatan teras  satu bulan sebelum bermula tahun fiskal.
  • Mengemukakan Program Latihan Tahunan kepada bahagian, akademi dan negeri dalam tempoh dua minggu selepas kelulusan Jawatankuasa Latihan Kementerian.
  • Memaklumbalas sebarang pertanyaan dan surat menyurat dalam tempoh lima hari dari tarikh penerimaan.
  • Menghasilkan Laporan Keberkesanan Latihan dalam tempoh satu bulan selepas siapnya kajian penilaian.
  • Merancang dan melaksanakan program tujuh hari minima kursus setahun bagi setiap kakitangan jabatan sebagai memenuhi tuntutan Jabatan Perkhidmatan Awam

Fungsi

1. Cawangan Pengurusan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Menyelaras kursus / seminar / latihan yang dijalankan di Akademi
  • Merancang dan menyediakanprogram bersama Akademi
  • Memantau pengurusan kewangan di Akademi
  • Memantau pengurusan pentadbiran di Akademi
  • Menilai dan memantau program-program di Akademi
  • Mendapatkan dan menilai data-data kursus/ seminar / latihan di Akademi

2. Cawangan Istiadat dan Protokol
  • Menyediakan dasar pakaian seragam dan istiadat pasukan pakaian seragam
  • Menyediakan panduan dan arahan pemakaian pakaian seragam
  • Memantau pemakaian pakaian seragam dengan peraturan-peraturan
  • Menasihat hal-hal istiadat dan pakaian seragam

3. Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan Latihan
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat keperluan latihan pegawai bomba
  • Mengubal dan menilai dasar Jabatan
  • Menguruskan kurikulum sesuatu kursus di Akademi
  • Membangun dan membuat penyelidikan mengenai kursus dan latihan yang sesuai dan terbaharu
  • Merancang dan membangunkan sumber manusia Jabatan dari aspek latihan
  • Mendapatkan peluang-peluang latihan luar Jabatan, luar negeri, ijazah lanjutan dan anjuran pihak swasta Bertanggungjawab sebagai urusetia mesyuarat Jawatankuasa Latihan Jabatan
  • Bertanggungjawab sebagai urusetia panel temuduga kursus lepasan ijazah
  • Merangka dan menasihat mengenai kerjaya di Jabatan

4. Akreditasi
  • Menyediakan panduan mengekreditasi sesuatu pasukan khas jabatan Menialai kepakaran dan kecekapan pasukan khas dari masa kesemasa
  • Menyediakan panduan dan menialai kepakaran dan profesional sesuatu pasukan, fungsi jabatan dan pegawai bomba.
  • Menyediakan standard kepakaran dan profesionalisma pegawai bomba ( Fire Fighter)

Carta Organisasi

Sila klik disini untuk melihat carta organisasi.

Alamat Surat Menyurat

Bahagian Latihan,
Tingkat 3, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250 Putrajaya
No. Tel : 03 - 8892 7600
No. Faks : 03 - 8892 7980



Kemaskini pada 2017-05-19 12:20:46 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page