FAQ UNTUK TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KALI KEDUA (TBK 2)
Apakah yang dimaksudkan dengan Time Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK 2)?
Kenaikan pangkat secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK 2) bermaksud kenaikan pangkat bagi Gred kenaikan pangkat bermula dari Gred KB22.
BAGI URUSAN NAIK PANGKAT
Apakah definisi dan objektif utama TBBK?
TBBK boleh didefinisikan sebagai Time-Based Berasaskan Kecemerlangan. TBBK diberikan untuk memberi peluang kenaikan pangkat kepada pegawai yang mencapai tahap kecemerlangan prestasi tanpa terikat dengan kekosongan jawatan hakiki.
Apakah punca kuasa yang digunapakai untuk pelaksanaan TBBK ini?
Punca kuasa bagi pelaksanaan TBBK ini ialah dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 – Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana.
Berapakah tempoh perkhidmatan yang diperlukan untuk layak TBBK?
Tempoh perkhidmatan yang diperlukan untuk layak TBBK adalah genap 13 tahun perkhidmatan.
Secara UMUM, berapakah tempoh perkhidmatan yang diambil kira?
Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan 13 tahun adalah bermula daripada tarikh kenaikan pangkat ke lapisan pertama gred kenaikan pangkat atau tarikh lantikan ke gred lantikan yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan semasa.
Secara KHUSUSNYA, apakah yang dimaksudkan dengan tempoh perkhidmatan yang diambil kira?
Tempoh perkhidmatan yang diambil kira secara KHUSUSNYA ialah:
i. Tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/ setara (dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama);
ii. Tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum ditukar lantik atas permohonan pegawai ke skim perkhidmatan dan gred yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang berlainan;
iii. Tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara/ peminjaman sebelum ditukar tetap ke agensi peminjam di gred yang sama/ setara; dan iv. Tempoh perkhidmatan pegawai yang melepas atau meletak jawatan dan dilantik semula ke skim perkhidmatan yang sama dan gred yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat.
Apakah tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambil kira?
i. Tempoh percubaan dengan denda (bagi pegawai yang dilantik terus ke gred lantikan yang setara dengan gred kenaikan pangkat;
ii. Jumlah hari pegawai Tidak Hadir Bertugas (THB) tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah;
iii. Tempoh hilang kekananan di gred semasa akibat daripada dikenakan hukuman tatatertib di gred tersebut; dan
iv. Semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji dan semua jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) dan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSP).
Apakah definisi kekananan?
Kekananan boleh didefinisikan sebagai susunan kedudukan pegawai berdasarkan tarikh lantikan bagi pegawai di gred lantikan atau tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang sama.
Apakah yang dimaksudkan ‘hilang kekananan’?
Pegawai boleh dianggap hilang kekananan berdasarkan faktor-faktor berikut:
i. Pelanjutan tempoh percubaan dengan denda;
ii. Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji kecuali cuti belajar yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan; dan/ atau
iii.Pegawai yang pernah dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang terdahulu.
Apakah yang dimaksudkan dengan kenaikan pangkat?
Kenaikan pangkat boleh definisikan sebagai peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan kesilapan fakta maklumat perkhidmatan?
Kesilapan fakta maklumat perkhidmatan bermaksud kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat semasa Lembaga Kenaikan Pangkat mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai tersebut.
Apakah definisi pemangkuan?
Pemangkuan boleh didefinisikan dengan pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
Adakah pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib layak dipertimbangkan untuk urusan pemangkuan dan berapakah tempoh idah bagi setiap hukuman yang telah diputuskan?
Pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib adalah tidak layak dipertimbangkan pemangkuan ke gred yang lebih tinggi dan tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009, Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib seperti berikut:
BIL | JENIS HUKUMAN | TEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN PEMANGKUAN |
a | Amaran | 12 bulan |
b | Denda | 18 bulan |
c | Lucut Hak Emolumen | 24 bulan |
d | Tangguh Pergerakan Gaji | 30 bulan |
e | Turun Gaji | 36 bulan |
f | Turun Pangkat | 48 bulan |
g | Buang Kerja | - |
Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan urusan pemangkuan ialah mulai tarikh hukuman tatatertib disabitkan oleh Lembaga Tatatertib berkenaan.
Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?
Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :
- Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my.
- Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia.
- Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.
Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM?
Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.
Dimanakah Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi ?
Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :-
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).
ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.
Bagaimanakah mendapatkan SURAT SOKONGAN PERLESENAN?
Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan LAPORAN KEBAKARAN (SLKK)?
Bagaimanakah hendak menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS)?
Bagaimana untuk menjadi Pegawai Bomba Bantuan
Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba?
- Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
- Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
- Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
- Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
- Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
- Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
- SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.
Apakah kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk Agensi Awam dan Swasta dan bagaimanakah untuk memohon kursus yang ditawarkan?
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk agensi awam dan swasta dimana Latihan Kebombaan dan Penyelamatan adalah suatu program yang berterusan dan kemprehensif kepada pegawai bomba, masyarakat dan industri berasaskan kepada peraturan dan undang-undang dalam usaha untuk mencapai konsep Keselamatan Kebakaran yang menyeluruh.
2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my.
Apakah jenis kursus yang ditawarkan untuk pekerja yang bekerja di sektor kilang dan perindustrian dan bagaimanakah untuk memohon kursus tersebut?
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk pekerja yang bekerja disektor perkilangan dan perindustrian. Kursus yang ditawarkan adalah seperti Kursus Keselamatan Kebakaran, Perakuan Bomba, Pepasangan Keselamatan Kebakaran di Bangunan (Sistem Aktif & Sistem Pasif), Penghapusan Bahaya Kebakaran, Akta Perkhidmatan Bomba 1988-AKTA 341 dan Emergency Response Team (ERT).
2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my.
Kemaskini pada 2021-03-19 15:32:19 daripada Administrator