Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Keselamatan Kebakaran (Bahagian)

Objektif

Untuk menetapkan dasar keselamatan kebakaran dan mempastikan perlaksanaannya mengikut undang-undang yang berkaitan melalui:
 
  • Menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 di bawah peruntukan perakuan bomba dan penghapusan bahaya kebakaran.
  • Mengemaskini peraturan-peraturan dan arahan-arahan Bahagian Keselamatan Kebakaran berhubung perakuan bomba, penghapusan bahaya kebakaran, perakuan bangunan dan perakuan perlesenan supaya menjadi lebih relevan dengan keperluan semasa.
  • Mempastikan keperluan perlindungan sistem pasif dan aktif di semua premis menepati kehendak-kehendak di dalam peruntukan undang-undang dan kod amalan semasa.
  • Menggubal keperluan peraturan dan piawaian dengan kerjasama agensi penyelidikan dalam negara berkaitan penggunaan bahan-bahan dan sistem pepasangan keselamatan kebakaran.
  • Menilai dan memastikan pepasangan keselamatan kebakaran menepati peraturan-peraturan dan piawaian semasa.
  • Membudayakan kesedaran keselamatan kebakaran kepada semua lapisan masyarakat melalui kempen yang relevan mengikut kumpulan sasar.

Fungsi

Fungsi Bahagian Keselamatan Kebakaran menerusi cawangan-cawangan yang ada di bawah Bahagian Keselamatan Kebakaran

1. Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran
 
  • Mengkaji aspek perundangan berkaitan dengan keperluan Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK).
  • Menyediakan dasar, arahan dan panduan pelaksanaan pengeluaran perakuan keselamatan kebakaran.
  • Mengkaji dasar dan keperluan pelaksanaan penggunaan Performance Based atau Fire Safety Engineering Approach.
  • Menyediakan panduan pemeriksaan dan pengujian PKK.
  • Mengkaji penggunaan PKK yang terkini.
  • Mengkaji aspek teknologi keselamatan kebakaran yang terkini dan berkesan.
  • Memantau pelaksanaan pengeluaran perakuan keselamatan.

2. Cawangan Perakuan Pelesenan Bangunan
 
  • Menyediakan dasar, arahan dan panduan pelaksanaan pengeluaran perakuan pelesenan.
  • Mengkaji keperluan perundangan berkaitan dengan penggunaan bangunan atau premis yang selamat.
  • Memantau pelaksanaan pengeluaran perakuan pelesenan bangunan.

3. Cawangan Penghapusan Bahaya Kebakaran
 
  • Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pelaksanaan penghapusan bahaya kebakaran.
  • Menyediakan pelan strategik penghapusan bahaya kebakaran tahunan dan 5 tahun.
  • Mengkaji keperluan perundangan dalam melaksanakan penghapusan bahaya kebakaran.
  • Menyediakan panduan pemeriksaan ke atas premis atau bangunan.
  • Mengkaji keberkesanan penghapusan bahaya kebakaran dalam mengurangkan bilangan kebakaran.
  • Memantau pelaksanaan penghapusan bahaya kebakaran.

4. Cawangan Perakuan Bomba
 
  • Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pelaksanaan perakuan bomba.
  • Menyediakan pelan strategik perakuan bomba tahunan dan 5 tahun.
  • Mengkaji keperluan perundangan dalam melaksanakan perakuan bomba.
  • Menyediakan panduan pemeriksaan ke atas premis atau bangunan.
  • Mengkaji keberkesanan perakuan bomba dalam mengurangkan bilangan kebakaran.
  • Memantau pelaksanaan perakuan bomba.

5. Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran
 
  • Memproses setiap permohonan pendaftaran.
    • Kontraktor Keselamatan Kebakaran.
    • Fire Inspection.
    • Kemudahan Keselamatan Kebakaran
    • Fire Safety Engineer.
    • Fire Safety Manager
    • Fire Safety Officer
  • Mengeluarkan senarai pendaftaran.
  • Mengkaji keperluan peralatan Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK).
  • Mengkaji keberkesanan peralatan untuk menguji dan memeriksa PKK.

6.Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran
 
  • Menyediakan dasar dan pelan strategik keselamatan negara tahunan dan 5 tahun.
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat keperluan latihan.
  • Menentukan keperluan latihan jabatan kepada orang awam.
  • Merangka dan melaksanakan progran kesedaran awam.
  • Memantau pelaksanaan program kesedaran keselamatan awam.

7. Cawangan Piawaian Keselamatan Kebakaran
 
  • Mengkaji keperluan sesuatu kemudahan Pepasangan Keselamatan Kebakaran.
  • Mengemukakan kepada SIRIM keperluan penggubalan sesuatu piawaian.
  • Mengurus penggubalan dan penggunaan standard.
  • Membuat pemantauan penggunaan dan pematuhan standard di tapak pembinaan.
  • Mengkaji dan menilai keberkesanan sesuatu peralatan di makmal penyelidikan.

Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah untuk memastikan semua premis terhindar dari risiko kebakaran.
Dengan itu kami berjanji akan:
  • Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh tujuh (7) haridari tarikh permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan surat pelepasan/sokongan menduduki bangunan(CCC/CFO) dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telahdiuji baik dan disempurnakan.
  • Memproses permohonan sokongan lesen perniagaan dalamtempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) haridari tarikh pembayaran fi dibuat.
  • Memproses permohonan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh tujuh(7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

Carta Organisasi
Sila klik di sini untuk melihat carta organisasi.

Alamat Surat Menyurat

Bahagian Keselamatan Kebakaran,
Tingkat 1, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250 Putrajaya
No. Tel : 03 - 8892 7600

FACEBOOK:http://www.facebook.com/BahagianKeselamatanKebakaran
JBPM TWITTER:http://www.twitter.com/bkkjbpmhq



Kemaskini pada 2017-05-19 12:20:12 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page