Istiadat Penganugerahan Pangkat (Kehormat) Bomba kepada YAB Ketua Menteri Sabah

14 Julai 2022 – YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Ketua Menteri Sabah telah dianugerahkan pangkat kehormat dengan gelaran Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dalam Istiadat Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Penganugerahan ini sebagai penghargaan jabatan ke atas jasa dan bakti Ketua Menteri Sabah yang begitu prihatin terhadap keperluan kebombaan di samping sokongan beliau dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan kebakaran di negeri Sabah.

Manakala YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dianugerahkan pangkat kehormat dengan gelaran Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) atas sumbangan dan kerjasama erat beliau serta kementerian dalam menyokong dan merealisasikan perkhidmatan kebombaan yang terbaik untuk negeri Sabah.

Terima kasih Datuk Seri Panglima!

gmabar CM 2
Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dipasangkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba Kehormat yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Ts. Mohammad Hamdan
CM1
Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima Tongkat Kuasa dari Dato’ Ts. Mohammad Hamdan semasa Istiadat Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM.
masidi pangkat 1
Datuk Seri Panglima Masidi Manjun turut menerima watikah penganugerahan Pangkat Kehormat daripada Dato’ Ts. Mohammad Hamdan
en_USEnglish