Putrajaya – 3 Oktober 2022 : Lawatan Sambil Belajar dari Tadika Islam Tahfiz Bandar Baru Bangi

03 Oktober 2022 ( Isnin)
JBPM Putrajaya – Lawatan Sambil Belajar dari Tadika Islam Tahfiz Bandar Baru Bangi seramai 40 orang kanak-kanak bersama 4 orang guru mengiringi lawatan ini ke BBP Presint 14.
Sepanjang program lawatan ini diadakan kanak- kanak telah diberikan pendedahan berkaitan kerjaya bomba, mengenal peralatan kebombaan, tatacara menyelamatkan diri , taklimat keselamatan kebakaran dan cara penggunaan hose reel. PBK II KUP Raimy Erwan bin Mahadi telah mengetuai sesi lawatan bersama pasukan B bertugas.

en_USEnglish