03 Oktober 2022 ( Isnin)
JBPM Putrajaya – Lawatan Sambil Belajar dari Tadika Islam Tahfiz Bandar Baru Bangi seramai 40 orang kanak-kanak bersama 4 orang guru mengiringi lawatan ini ke BBP Presint 14.
Sepanjang program lawatan ini diadakan kanak- kanak telah diberikan pendedahan berkaitan kerjaya bomba, mengenal peralatan kebombaan, tatacara menyelamatkan diri , taklimat keselamatan kebakaran dan cara penggunaan hose reel. PBK II KUP Raimy Erwan bin Mahadi telah mengetuai sesi lawatan bersama pasukan B bertugas.
Anggota bomba sedang memberi taklimat keselamatan kebakaran. Anggota bomba menunjukkan cara-cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. Kanak-kanak diberi peluang mencuba memakai pakaian Kelab 3K. Kanak-kanak dibawa menaiki jentera bomba. Kanak-kanak dari Tadika Islam Tahfiz Bandar Baru Bangi bersama guru-guru mereka bergambar kenangan di BBP Presint 14.