Putrajaya – 29 September 2022 : Latihan Pengungsian Bangunan Di Suruhanjaya Pilihanraya Presint 2

29 September 2022 (Khamis) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Presint 2, Putrajaya. Seramai 333 orang kakitangan termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja pembersihan terlibat dlm latihan ini yg dikendalikan oleh PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin (BKK) dan Pasukan C, BBP Presint 7 yg diketuai oleh PBK II Ahmad Syahidi Rizal Bin Hj Hamidun. Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.26 pagi. Pemerhati JBPM Putrajaya diketuai oleh PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin (Pen. Pengarah BKK) bersama 1 org pegawai dan 3 anggota.

en_USEnglish