Putrajaya – 1 Mac 2023 : Kursus Panduan Pelupusan Rekod Awam JBPM Putrajaya

Bahagian Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Latihan telah menganjurkan Kursus Panduan Pelupusan Rekod Awam JBPM Putrajaya bermula dari 1 sehingga 2 Mac 2023 bertempat di Pusat Gerakan Operasi Negeri.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Faqrul Razi bin Mohd Shukor, Pegawai Arkib Ibu Pejabat SPRM dan diselaraskan oleh Puan Puteri Noor Syazwani Binti Abu Sufian, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Putrajaya.

Kursus ini telah dihadiri seramai 16 orang anggota dan 7 orang kakitangan gunasama.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan, pendedahan dan pemahaman mengenai tatacara pelupusan rekod rasmi jabatan.

en_USEnglish