14-16 Oktober 2022- Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Booth Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State meriah dengan kanak-kanak dan tetamu untuk hari terakhir program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Pada hari terakhir di jalankan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, soalan kebombaan, permainan interaktif dan uji cuba mengangkat beban seperti ujian pengambilan anggota bomba. Booth Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State menerima kunjungan YBhg Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.













