01 Mac 2023, RABU – Majlis Perbarisan Tahunan Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State Tahun 2023. Majlis telah disempurnakan oleh YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State.
Turut diserikan lagi dengan majlis penyerahan bot sumbangan Pejabat Daerah Jasin dan YaPIEM. Turut diagihkan bot pembelian Jabatan ke Balai-balai terpilih untuk persediaan musim banjir.Tidak lupa dengan penyerahan sijil Perakuan Bomba kepada premis ditetapkan yang telah berjaya mendapatkan kelulusan untuk sijil perakuan bomba 2023/2024. Penyerahan Sijil teman pili bomba juga turut diadakan kepada teman pili bomba yang baru.Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State juga mengucapkan kepada rakan-rakan media yang hadir serta semua para jemputan yang menjayakan majlis ini. Majlis terpaksa dilangsungkan didalam perkarangan Engine Bay Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil kerana cuaca yang tidak mengizinkan.









