LAWATAN KERJA YS PENGARAH JBPM NEGERI KELANTAN KE BBP PASIR PUTEH & TOK BALI

Tarikh : 6 November 2024 ( Rabu )

Masa : 1430 – 1600

Tempat : BBP Pasir Puteh & BBP Tok Bali

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan dua lawatan kerja rasmi di BBP Pasir Puteh dan BBP Tok Bali. Ketibaan YS Pengarah telah  disambut  Ketua Balai masing masing iaitu PPgB Azhar Helmi Bin Mustofar (Pasir Puteh) dan PBT II Cik Azrul Azmeri Bin Che Abdull (Tok Bali), Ketua Pasukan bertugas bersama para anggota.

Dalam lawatan tersebut, YS Pengarah telah bertemu mata dengan pegawai dan anggota serta memberikan kata kata semangat dan memaklumkan supaya sentiasa bersedia dan waspada dengan segala kemungkinan dalam menghadapi musim MTL kelak. YS Pengarah turut  mengadakan pemeriksaan pada logistik dan jentera  balai agar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga. Lawatan berakhir dengan sesi menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar kenang – kenangan.

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

#MalaysiaCIVIL

en_USEnglish