Tarikh : 6 November 2024 ( Rabu )
Masa : 1430 – 1600
Tempat : BBP Pasir Puteh & BBP Tok Bali
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan dua lawatan kerja rasmi di BBP Pasir Puteh dan BBP Tok Bali. Ketibaan YS Pengarah telah disambut Ketua Balai masing masing iaitu PPgB Azhar Helmi Bin Mustofar (Pasir Puteh) dan PBT II Cik Azrul Azmeri Bin Che Abdull (Tok Bali), Ketua Pasukan bertugas bersama para anggota.
Dalam lawatan tersebut, YS Pengarah telah bertemu mata dengan pegawai dan anggota serta memberikan kata kata semangat dan memaklumkan supaya sentiasa bersedia dan waspada dengan segala kemungkinan dalam menghadapi musim MTL kelak. YS Pengarah turut mengadakan pemeriksaan pada logistik dan jentera balai agar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga. Lawatan berakhir dengan sesi menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar kenang – kenangan.
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMADANI