LAWATAN KERJA YS PENGARAH JBPM NEGERI KELANTAN KE BBP BACHOK DAN PENGKALAN CHEPA

Tarikh :  10 November 2024 ( Ahad)

Masa : 1000 – 1200

Tempat : BBP Bachok & BBP Pengkalan Chepa

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan dua lawatan kerja rasmi di BBP Bachok  dan BBP Pengkalan Chepa.

Destinasi pertama ke BBP Bachok  telah  disambut oleh

Penyelia Pasukan bertugas manakala untuk BBP Pengkalan Chepa ketibaan YS Pengarah telah di sambut oleh Ketua Balai iaitu TPgB II (KUP) Alam Nasut

 Binti Hj Ilias bersama para anggota.

Dalam sesi lawatan tersebut, YS Pengarah telah bertemu dengan pegawai dan anggota  di kedua dua balai memaklumkan supaya sentiasa bersedia dan waspada dengan segala kemungkinan dalam menghadapi musim MTL kelak. YS Pengarah turut  mengadakan pemeriksaan pada Kad Perakam Waktu,  jentera  dan logistik balai masing masing agar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

Lawatan berakhir dengan sesi menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar kenang – kenangan.

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

#MalaysiaCIVIL

en_USEnglish