Majlis Bicara Aspirasi H.E.M.A.T. KPKT 2025

YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menghadiri Majlis Bicara Aspirasi H.E.M.A.T. KPKT 2025 bertemakan “Menjiwai Rakyat, Mencipta Solusi” yang berlangsung di Dewan Kristal, KPKT pada hari ini.

Selepas majlis tersebut, YBhg. Tan Sri dengan diiringi oleh YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT dan YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut berkesempatan mengunjungi reruai JBPM yang turut serta memeriahkan program berkenaan.

Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan terhadap inisiatif memperkukuh nilai perkhidmatan awam yang berteraskan kesejahteraan rakyat.

en_USEnglish