Assalamualaikum wbt. Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi cepat dan Mesra.

22 Disember 2022 – Jam 2100

YS PPjB Md Hilman bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Negeri Terengganu membuat pemantauan banjir di kawasan Losong, Kuala Terengganu bersama TPgB II Rozizah Abnihajar, Ketua Balai BBP Kuala Terengganu. Fenomena air pasang besar pada malam ini agak merisaukan dan Pengarah memperingatkan kepada semua orang awam berhati- hati dan jika boleh membuat pemindahan awal. Jika tidak sempat, sila hubungi talian kecemasan apabila tiada akses untuk menyelamatkan diri, atau menghubungi agensi keselamatan yg berhampiran.


en_USEnglish