548020995 1173622604796818 4229055453523484539 n

PERSIDANGAN PERWAKILAN CUEPACS NEGERI TRITAHUNAN BAGI SESI 2025-2028 DAN MAJLIS HI-TEA CUEPACS NEGERI SELANGOR

12 September 2025, Klang – 10 Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah hadir ke Persidangan Tritahunan Cuepacs 2025-2028 Negeri Selangor dan Majlis Hi-Tea yang diadakan di KSL Esplanade Hotel, Klang Selangor bermula 12 hingga 13 September 2025.

Majlis Perasmian Persidangan Tritahunan Cuepacs 2025-2028 Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dimajlis tersebut YAB Dato’ Menteri Besar Selangor juga turut menyampaikan beberapa anugerah penghargaan kepada Kesatuan-kesatuan gabungan terbaik dan Anugerah Pegawai Cemerlang Madani Cuepacs Selangor kepada PBK I Mohd Faizal bin Samsudin, Setiausaha, diwakili oleh Pengerusi, Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Selangor.

en_USEnglish