WhatsApp Image 2023 10 12 at 2.24.24 PM

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Bukit Jelutong, 29 September 2023 – YS PKPjB Wan Md. Razali Bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertempat di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Dalam ucapan yang di sampaikan, YS Pengarah mengucapkan terima diatas segala komitmen yang telah di berikan sepanjang latihan berlangsung. YS pengarah juga memohon agar kontinjen PKK JBPM Negeri Selangor dapat membawa pulang kejayaan dan meminta agar semua peserta dapat menjaga nama baik Jabatan amnya dan negeri khususnya.
Seramai 34 orang yang terlibat bagi membawa misi “road to champion” ini yang mana terdiri daripada peserta, jurulatih, urusetia dan teknikal. Pelbagai latihan yang disusun bagi meningkatkan ketahanan fizikal peserta-peserta untuk mengharungi cabaran atau acara yang dipertandingkan seperti “Fire fighters challenge”, “Long lay on obstacle” dan “brave heart challenge” individu lelaki dan wanita.
YS Pengarah juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yg akan mewakili JBPM Negeri Selangor ke pertandingan kawad kecekapan peringkat kebangsaan tahun 2023 serta bergambar kenang kenangan.

en_USEnglish