475102798 998063715686042 3689171049356800566 n

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KESIAPSIAGAAN MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2025 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR

27 Januari 2025, Puchong – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, telah hadir ke IOI Mall Puchong bagi menyempurnakan Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.

Program bertujuan untuk memastikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa bersedia semasa musim perayaan ini serta memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan Kesedaran Keselamatan Kebakaran. Pengarah juga turut menyampaikan Sijil FC dan Sijil Pasukan Bomba Komuniti serta Hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Bomba Cilik.

Turut hadir memeriahkan program adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Ketua-ketua Balai JBPM Negeri Selangor.

#KeselamatanKebakaranTanggungjawabBersama

#KitaSelangor

en_USEnglish