353765602 626211162871301 7309217076499724466 n

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

BUKIT JELUTONG, 14 Jun 2023 (0900) – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Program Kunjungan Hormat antara Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pegawai Pelajaran Daerah yang diketuai oleh Encik Hairul Azri bin Abidin, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid dengan JBPM Negeri Selangor bagi merancang dan menyelaras program yang akan dilaksanakan Khususnya Program Kadet Bomba di Sekolah Seluruh Negeri Selangor. Majlis disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah bersama Timbalan Pengarah, PPjB Nor Arifin bin Kamari dan Penolong-penolong Pengarah Bahagian serta Pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.

en_USEnglish