SESI LIBAT URUS YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK – LAWATAN KE PBS SEKITAR DAERAH LIMBANG

Limbang, 19 April 2025

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah melaksanakan sesi libat urus ke Persatuan Bomba Sukarela (PBS) KABIMA, PBS Bakti Gabungan, PBS Kpg. Pangkalan Madang & PBS Kpg. Seberang Kedai.

Tujuan sesi libat urus adalah untuk menyantuni ahli PBS dan berkongsi halatuju perancangan JBPM & kolaborasi program kebombaan yang akan dilaksanakan bersama JBPM Negeri Sarawak.

Selain itu, YS Pengarah berkesempatan memeriksa peralatan kebombaan PBS & mendengar permasalahan yang timbul seterusnya memberi cadangan penyelesaian kepada ahli jawatankuasa PBS. Aktiviti berjalan dengan lancar dan Objektif tercapai.

Hadir sama ialah PgB Ramlan bin Marajan, Ketua Bomba Zon Limbang.

en_USEnglish