SESI KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK SEMPENA HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN MALAYSIA TAHUN 2025
Tarikh: 09.10.2025 (Khamis)
Masa: 2.30 pm – 5.30 pm
Tempat: Tingkat 17, Wisma Bapa, Pejabat Timbalan Premier Sarawak
Satu sesi kunjungan hormat bersama YB Datuk Amar Prof Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkenaan dengan Hari Pencegahan Kebakaran Malaysia yang disambut pada minggu yang mengandungi setiap 9 Oktober bagi memperingati Kebakaran Besar Chicago (Great Chicago Fire) yang berlaku pada 8-10 Oktober 1871. Kempen ini diselaraskan oleh National Fire Protection Association (NFPA). Bagi sambutan yang dibuat diperingkat JBPM, ianya merupakan salah satu aktiviti / program bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2025 yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Moto utama Hari Pencegahan Kebakaran Sedunia ialah “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.
Intipati Sesi Libat Urus
1) Memberi penerangan berkenaan dengan tujuan utama Hari Pencegahan Kebakaran Malaysia.
2) Meningkatkan kesedaran global tentang kepentingan pencegahan kebakaran.
3) Perbincangan hala tuju JBPM Negeri terhadap masyarakat di Sarawak.
Pegawai JBPM hadir:
1) YS PKPjB Jamri bin Masran – Pengarah Bomba Sarawak
2) PgKB I Ahmad Nizam bin Sapaiee – Penolong Pengarah BKK
3) PgB Wee Ming Hui – Ketua Cawangan Kesedaran Awam
4) PPgB Richard Ak Jihun – Pegawai Cawangan Kesedaran Awam
5) PBK II KUP Wan Zaidi bin Wan Hajemi – Unit Perhubungan Awam
